Pengasas bersama Japanese Red Army (JRA) atau Tentera Merah Jepun, Fusako Shigenobu dibebaskan pada sabtu selepas menjalani hukuman penjara selama 20 tahun atas kesalahan menawan sebuah kedutaan pada tahun 1974.<br /><br />Shigenobu yang berusia 76 tahun disambut oleh anak perempuannya dan penyokong sebaik meninggalkan penjara Tokyo.<br /><br />Aktivis komunis yang bertanggungjawab menubuhkan JRA pada 1971 turut membuat permohonan maaf kerana menyebabkan kerosakan kepada orang yang tidak bersalah demi mencapai matlamat mereka.
